Calorie Deficit (Part 2)

4 Apr
Lapisan lemak di perut

Lapisan lemak di perut

Apabila memperkatakan tentang penurunan berat badan, pasti ramai di antara kita (termasuklah saya satu ketika dahulu) beranggapan bahawa apabila kita mengalami penurunan berat badan, maka yang berkurang itu adalah lemak. Akan tetapi sebenarnya penurunan berat badan kita boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti penurunan lemak, otot dan air. Jika kita mahu mendapatkan bentuk badan yang baik, pastinya kita ingin mengurangkan lemak dan dalam pada masa yang sama membina otot yang baru.

Jika kita inginkan bentuk badan yang baik, pertamanya kita mesti mengurangkan lapisan lemak supaya struktur otot-otot akan mudah kelihatan. Contoh mudahnya begini, pernahkah anda terjumpa seseorang yang berperut buncit melakukan sit up setiap hari sehingga beratus kali tetapi masih gagal menghilangkan buncitnya? Atau anda pernah alaminya sendiri? šŸ™‚ Pernah anda tertanya-tanya mengapa?

Otot di perut kita tidak akan kelihatan selagi kita tidak mengurangkan lapisan lemak yang menyelaputi otot tersebut. Maka jika ingin membuang lapisan lemak tersebut, mahu tidak mahu kita mesti mewujudkan Ā keadaan calorie deficit supaya lapisan lemak dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, tubuh badan kita adalah struktur yang sangat kompleks. Kita tidak boleh memilih untuk membakar lemak-lemak di bahagian tertentu sahaja. Perkara tersebut bergantung kepada faktor genetik dan lain-lain. Setiap orang mempunyai cara membakar lemak yang berbeza. Apa yang pasti, jika kita mewujudkan keadaan calorie deficit, saya pasti badan kita akan membakar lemak yang berlebihan sedikit demi sedikit di keseluruhan badan.

Dalam entri calorie deficit sebelum ini saya menulis tentangĀ tiga cara untuk mewujudkan calorie deficit iaitu pertama, kurangkan food intake. Cara kedua, anda tinggikan energy expenditure. Manakala cara ketiga pula ialah cara yang saya amalkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal, iaitu dengan kombinasi antara mengurangkan calorie intake dan meninggikan energy expenditure.

Kita boleh memilih mana-mana cara yang kita suka. Sudah tentunya setiap cara mempunyai pro dan kontranya. Bergantung kepada target penurunan berat badan anda, anda boleh menetapkan jumlah calorie deficit yang anda inginkan setiap hari. Contohnya jika anda ingin menurunkan 6 kg, anda memerlukan lebih kurang 48000 kalori simpanan untuk dibakar (1kg=8000 kalori). Untuk penerangan lanjut mengenai jumlah kalori dalam 1kg lemak sila rujuk entri saya mengenai Keperluan Kalori Harian Anda.

Sekarang anda sudah ada target iaitu 48000 kalori untuk dibakar (6kg). Langkah yang seterusnya ialah menetapkan tempoh masa untuk mencapai target tersebut. Dalam hal ini anda haruslah bersikap realistik untuk menetapkan tempohnya. Pada saya 2 bulan adalah tempoh yang baik dan realistik untuk mengurangkan 6kg. 2 bulan bersamaan 60 hari jadi satu hari anda perlu mewujudkan sebanyak lebih kurang 800 calorie deficit.

Bagaimana nak hasilkan 800 calorie deficit dengan cara mengurangkan calorie intake dan meningkatkan energy expenditure? Saya akan bincangkan dalam Calorie Deficit (Part 3). Jangan marah. šŸ™‚

Advertisements

Apa respon anda terhadap artikel ini?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: