Keperluan Kalori Harian Anda

28 Mar
Gambar diambil dari GooglePlay (Wil. Corp Software)

Gambar diambil dari GooglePlay (Wil. Corp Software)

Sebut sahaja perkataan kalori, pasti ramai yang pernah mendengarnya. Namun adakah kita betul-betul faham makna kalori? Saya sendiri pun bukanlah arif sangat pasal kalori. Tapi selepas membaca ebook Kevin Zahri dan beberapa bahan bacaan lain, fahamlah sikit mengenai kalori ni. Secara saintifiknya definisi kalori ini agak tergeliat juga lidah menyebutnya. Sila lihat di sini. Tapi secara mudahnya, pada saya kalori ialah suatu unit yang kita gunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang terdapat dalam sesuatu makanan. Selalunya dalam unit kcal (kilocalorie).

Selalunya kita akan jumpa istilah kcal ini dalam pembungkus makanan. Peraturan sudah menetapkan supaya pengeluar makanan untuk menayangkan jumlah kalori pada setiap pembungkus makanan.

contoh label kalori

contoh label kalori

Salah satu sebab mengapa perlu diletakkan label kalori adalah untuk membantu kita dalam mengagak jumlah kalori yang kita ambil setiap hari. Kenapa kita mesti tahu berapa kalori yang kita ambil setiap hari? Jawapannya mudah. Setiap dari kita memerlukan sejumlah kalori untuk kita menjalankan kehidupan kita seharian. Keperluan kalori seharian ataupun daily calorie requirements (DCR) bagi setiap manusia adalah berbeza bergantung kepada beberapa perkara seperti jantina, ketinggian, berat badan, umur dan level aktiviti. Lelaki memerlukan lebih kalori daripada wanita. Manusia yang lebih tinggi dan lebih berat memerlukan lebih kalori dari yang lebih rendah dan kurang berat. Manusia yang lebih aktif tentunya memerlukan lebih kalori daripada yang kurang aktif. Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan pula, jumlah DCR diri sendiri adalah WAJIB diketahui. Ini penting bagi mewujudkan keadaan calorie deficit yang akan membantu anda dalam mengurangkan berat badan.

Terdapat beberapa formula yang boleh digunakan untuk mengira DCR. Tetapi pada masa ini terdapat banyak laman web yang menyediakan kalkulator DCR. Jadi ia lebih memudahkan anda. Hanya masukkan sahaja data-data diri anda ke dalam kalkulator tersebut dan anda akan dapat mengetahui DCR anda.

Secara peribadi pengetahuan berkenaan DCR ini banyak membantu dalam saya mengurangkan berat badan saya. Setelah mengetahui jumlah DCR saya, ia membantu saya dalam menyediakan pelan pemakanan yang lebih sihat. Ramai orang yang gagal manage berat badan disebabkan mereka tidak tahu tentang jumlah kalori yang sepatutnya mereka ambil setiap hari. Disebabkan tiada DCR sebagai panduan, maka kita akan cenderung untuk makan berlebihan. Jika kita makan berlebihan, kalori yang tidak digunakan akhirnya akan disimpan sebagai lemak. Bayangkan jika DCR anda ialah 2000 kalori dan pada hari ini anda makan 2300 kalori. Lebihan 300 kalori itu akan disimpan dalam badan anda (300 kalori bersamaan sepinggan nasi putih). Itu baru sehari. Jika sebulan? 300 x 30 = 9000 kalori.

Anda rasa 9000 kalori itu sedikit? Secara teorinya bagi menjawab ia sedikit atau banyak, anda perlu tahu 9000 kalori itu akan menghasilkan berapa banyak lemak. Sebagai panduan, lebih kurang 8000 kalori akan menghasilkan 1kg lemak. Ini bermakna secara teorinya jika anda makan sepinggan extra nasi putih setiap hari selama setahun, ada kemungkinan pada tahun itu berat anda akan naik 12 kg! 12kg itu sedikit? Think again.

Advertisements

One Response to “Keperluan Kalori Harian Anda”

Trackbacks/Pingbacks

  1. Diet Atau Senaman? | DAD'S DIARY - April 14, 2013

    […] sedari kita akan makan sehingga terlampau kenyang dan pengambilan kalori kita akan melebihi aras Daily Calorie Requirement ataupun DCR. Saya akan tulis mengenai DCR di entry yang […]

Apa respon anda terhadap artikel ini?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: